Follow saya!

Jumaat, 10 November 2017

GLA Shaklee - Qaiser Danish ada adik baru.

Semalam di facebook kecoh member - member sebab saya pregnant lagi disebabkan GLA dari Shaklee. Hihi.

Dengan status berbaur lawak, "Angkara GLA, taktuntuang taktuntuang, aku ada lagi taktuntuang taktuntuang"

Kebetulan agaknya kali ni rezeki tu Allah rancangkan cepat. Alhamdulillah. Barangkali 5 minggu baru. Kalau ikutkan, nurse cakap kalau kita konsisten bf anak, boleh jarakkan kehamilan. Tapi penghujung bulan April dulu saya tinggalkan Danish dengan ayahnya selama 3 hari 2 malam untuk jalani pembedahan kaki untuk dimasukkan skru. Aktiviti penyusuan untuk Danish agak terganggu.

Pulang ke rumah selepas 3 hari tu, seminggu kemudian saya period kali pertama ketika usia Danish 9 bulan. Danish masa tu dah bertatih berdiri. Elok je tiap bulan period. Tiba - tiba period jadi tak betul selepas raya. Risau juga takut jadi macam dulu. Sebab dulu saya ada sejarah cyst yang menyebabkan period tidak teratur.

Maka, saya pun google cari supplement untuk elokkan semula period tu. Jumpa info tentang GLA Shaklee. Kebetulan plak member study ni dulu dia jual shaklee. So order je la dengan dia. Tak banyak cekadak dah biasa gaduh baik gaduh baik punya member.

19hb September 2017 kiranya tengah bulan saya mula amalkan supplement GLA ni. Hujung bulan 10 dah rasa lain macam. Nak makan maggi rasa tak sedap. Minum air gas sikit je.. nak guna rasa gas tu je.. bukan minum gluk gluk. Sikit je nak gas... husband dah heran. Beli air gas pun sia2 je membazir sebab cuma nak minum sikit. Sudahnya bila gas habis, air tu jadi termanis sangat - sangat. Jawabnya buang masuk tong sampah. Hehe.

Lepas tu rasa mual2. Ahh.. sudah. Lain macam je...

Husband belikan pregnancy test, dapat double line. Cuma line tak berapa nak terang sangat.
Tu hari, bawa Danish jumpa nurse timbang. Kebetulan dah ke klinik bagitau berita double line tu. Saya sebenarnya malas nak bagi tau awal2 tapi husband plak beriya. Adoiii... lemah betul rasa nak ke klinik tiap bulan, cucuk darah, puasa, minum air gula, timbang bagai.

Nurse pun pesan buat awal2 sebab kes special kaki baru sembuh dari patah. Takut beban kaki bawa perut. Haha. Adoii.. satu hal lagi.

Siapa nak betulkan semula period, boleh la try GLA dari Shaklee. Dah pregnant ni member suruh berhenti dulu amal Shaklee. Nanti lepas bersalin amalkan semula. Kalau saya rajinlah amalkan. Menakutkan je... laju je sangkut. Wakakak..

Nak order Shaklee boleh cari Facebook Suhaila Sue. 

KALAU DAH RASA SAKIT PINGGANG BAWA PERUT, SAKIT PINGGUL, SAKIT TULANG BELAKANG BAWA PERUT TU.. BOLEH ORDER BIO-VELOCITY SLEEP MATE DARI SAYA. 

016.304.5580
NORBAIZURA SPIEI



Tiada ulasan:

Catat Ulasan